Cari Blog Ini

Khamis, 31 Mac 2022

Kuiz / Tugasan STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan

 

KUIZ #1 (INDIVIDU): Dibawa Pulang (Take Home Quiz)

 

1. Bicangkan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan Infrastruktur Teknologi Maklumat.

Infrastruktur Teknologi Maklumat merupakan satu set yang terdiri daripada komponen perkakasan dan perisian termasuklah juga perkhidmatan yang disediakan oleh perkakasan dan perisian tersebut seperti perkhidmatan perundingan, perkhidmatan pendidikan, latihan serta lain-lain perkhidmatan bagi untuk mewujudkan persekitaran Teknologi Maklumat. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang tersebut adalah seperti berikut:

- Perkhidmatan platform pengkomputeran yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan komputer yang menghubungkan pekerja, pelanggan serta pembekal dalam suasana digital. Contohnya seperti kerangka utama, mini komputer, komputer peribadi seperti komputer desktop atau laptop/notebook.

- Perkhidmatan telekomunikasi untuk menghubungkan pekerja, pelanggan dan pembekal melalui perkhidmatan data, suara dan video.

- Perkhidmatan pengurusan data iaitu bukan sekadar menyimpan data tetapi mengurus dan menyediakan data kepada pengguna untuk dianalisa.

- Perkhidmatan perisian aplikasi yang menyediakan perisian kepada pekerja, pelanggan dan pembekal seperti Perisian Pengurusan Perniagaan contohnya, ERP (Enterprise Resource Planning), CRM (Customer Relationship Management), SCM (Supply Chain Management), KMS (Knowledge Management System).

- Perkhidmatan kemudahan fizikal yang melibatkan pembangunan dan pengurusan dalam pemasangan fizikal utk pengkomputeran, telekomunikasi, dan pengurusan data.

- Perkhidmatan pengurusan IT yang membuat perancangan dan membangunkan infrastruktur, menyelaras perkhidmatan IT di antara unit-unit perniagaan, menyediakan akaun perbelanjaan IT, menyediakan perkhidmatan pengurusan projek.

- Perkhidmatan piawaian IT yang membangunkan polisi organisasi untuk memastikan komponen infrastruktur IT beroperasi dengan baik.

- Perkhidmatan pendidikan IT yang melatih pekerja menggunakan IT dengan baik dan mendidik pengurus berkaitan perancangan dan menguruskan pelaburan.

- Perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan IT yang menjalankan penyelidikan dan melaburkan modal dalam projek-projek IT pada masa hadapan.

 

2. Membangun dan menguruskan infrastruktur Teknologi Maklumat yang baik menimbulkan pelbagai cabaran, TERANGKAN SECARA RINGKAS LIMA (5) cabaran pengurusan yang perlu diuruskan oleh organisasi.

i. Menangani perubahan platform dan inftastruktur – Kemajuan teknologi maklumat yang pesat akan mengakibatkan kekerapan perubahan dalam platform dan infrastruktur. Hal ini merupakan satu cabaran dalam pengurusan kerana organisasi perlu membiayai kos untuk menaiktaraf platform sedia ada atau menyediakan platform baru bagi memenuhi perubahan tersebut dan juga kos untuk latihan kemahiran bagi mengendalikan platform dan infrastruktur yang baharu.

ii. Menangani pengurusan dan pentadbiran infrastruktur – Organisasi perlu menyusun dengan teliti unit-unit yang menjalankan pengurusan dan pentadbiran infrastruktur teknologi maklumat agar tidak berlaku pertindihan kuasa dan tanggungjawab dalam melaksanakan operasi bagi menjayakan objektif organisasi.

iii. Menguruskan bajet organisasi – Organisasi perlu bijak dalam menguruskan perbelanjaan dan menentukan berapa banyak yang harus dibelanjakan untuk infrastruktur IT dan tempat untuk membuat pelaburan infrastruktur strategik, dan menetapkan jumlah kos pemilikan aset teknologi maklumat. Jumlah kos pemilikan sumber teknologi merangkumi bukan sahaja kos asal perkakasan dan perisian komputer tetapi juga kos untuk peningkatan perkakasan dan perisian, penyelenggaraan, sokongan teknikal, dan latihan.

iv. Cabaran mendapatkan dan mengekalkan kakitangan yang mahir dalam teknologi maklumat – Kakitangan yang mahir adalah komponen yang penting dalam memastikan infrastruktur teknologi maklumat dalam organisasi dapat digerakkan dan beroperasi dengan optimum. Oleh itu, adalah kritikal bagi organisasi mendapatkan kakitangan yang mahir dan mengekalkan mereka di dalam organisasi. Seperti semua sedia maklum, pekerja mahir dalam bidang ini sering mendapat tawaran gaji yang lumayan oleh itu, tidak mustahil mereka akan melompat ke organisasi yang memberikan tawaran yang lebih baik.

v. Rangkaian dan penyambungan yang tidak betul – Untuk organisasi berjalan lancar, perlu ada rangkaian yang baik dan boleh dipercayai. Tanpa sambungan rangkaian yang boleh dipercayai, pengurusan infrastruktur IT boleh menjadi tugas yang sukar bagi mana-mana pengurus IT organisasi. Kaedah berasaskan perisian baru dan reka bentuk seni bina rangkaian diperlukan untuk pengoptimuman data.

 

3. Pada pendapat kamu, kemanakan arah tuju Teknologi Maklumat? Bagaimanakah bentuk Teknologi Maklumat dalam masa 10 tahun akan datang?

Mengambil kira Hukum Moore dan Kekuatan Mikro Pemproses serta Hukum Media Penyimpanan Digital Berkapasiti Besar, saya menjangkakan perkembangan IT dalam 10 tahun yang akan datang sudah tentunya lebih pesat dan dinamik dimana penggunaannya pasti akan lebih meluas dan mampu menghubungkan lebih ramai pihak. Hal ini adalah disebabkan oleh kemampuan penyimpanan data yang lebih besar dengan kos yang lebih rendah dan kelajuan tinggi serta keupayaan multimedia yang lebih mantap sudah pastinya lebih ramai pengguna akan dapat menikmati kemudahan IT yang lebih moden.

Selasa, 1 Februari 2022

PEKELILING-PEKELILING BERKAITAN PENULISAN SURAT RASMI

PEKELILING-PEKELILING BERKAITAN PENULISAN SURAT RASMI

Terdapat beberapa pekeliling yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan surat rasmi dan memo yang berkualiti. Antara pekeliling tersebut adalah seperti yang berikut:

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat. 
  2. Arahan Pentadbiran MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 – Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan E-mel. 
  3. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2013 – Penyeragaman Kepala Surat.
  4. Arahan Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2017. Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Minit Bebas. 
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 - Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. 
  6. Surat Arahan JPA.BPP(S)193/6/84 Jld. 4 (3) bertarikh 20 September 2018 – Penggantian Frasa “Saya yang menurut perintah” dengan frasa “Saya yang menjalankan amanah” dalam Urusan Penyediaan Surat Kerajaan.
Semoga membantu.

Jumaat, 31 Disember 2021

SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19

SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19


Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
1.JADUAL GAJI 
 
Gaji Minimum: RM1,352.00
Gaji Maksimum: RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
 
   
2.SYARAT LANTIKAN 
 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
 a.warganegara Malaysia; dan 
 b.berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
 c.
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
  2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
  3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)
 
   
3.SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 
 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
   
4.DESKRIPSI TUGAS 
 Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Sumber: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-setiausaha-pejabat-gred-n19

SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29

 SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29


Setiausaha Pejabat Gred N29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00RM5,672.00RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas :
    Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
Sumber: https://spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/setiausaha-pejabat-gred-n29

Khamis, 19 Ogos 2021

Tugasan GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN: Konsep Bandar Selamat LA21

 


PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT 

OLEH DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU)





Mukasurat

1.

Konsep Bandar Selamat

1

2.

Latar Belakang Program Bandar Selamat di Malaysia

1

3.

Konsep Bandar Selamat di Kuching Sarawak

2

4.

Pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh 

Dewan Bandaraya Kuching Utara

4

4.1.

CBS Enhancement Plan

4

4.2.

Pencapaian CBS Enhancement Plan

  1. Pengurusan Jalanraya Dan Insfrastruktur.

  2. Pengurangan Vandalisme Dan Kecurian Harta

  3. Fasiliti Dan Kemudahan Yang Selamat

  4. Health-conscious community

5

4.3.

Kesan Pelaksanaan CBS Enhancement Plan

14

4.4.

Rumusan

17

5.

Kesimpulan

17

6.

Rujukan

19





1. Konsep Bandar Selamat

Bandar Selamat didefinisikan sebagai bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara, tidak

menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria (JPBD, 2017). Konsep bandar selamat telah diutarakan oleh Jane Jacobs, seorang wartawan melalui bukunya yang berjudul Life and Death of American Cities yang diterbitkan dalam tahun 1961. Jane Jacobs telah mengenal pasti ciri-ciri pengwujudan bandar selamat yang akhirnya telah diterima pakai sebagai panduan kepada perancangan bandar di Amerika Syarikat. Beliau juga menekankan kepada keperluan kerjasama komuniti bandar bagi meningkatkan tahap keselamatan para penghuninya (Ahmad Kamil, 2006).


Pada tahun 2007, UN-Human Settlement Programme melaporkan bahawa jenayah dan keganasan berlaku lebih teruk di kawasan bandar dan diburukkan lagi dengan pertumbuhan yang pesat terutamanya di negara-negara membangun. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa keselamatan di kawasan bandar kian terancam walhal keselamatan adalah merupakan salah satu indikator penting bagi menjamin kualiti hidup masyarakat bandar.


2. Latar Belakang Program Bandar Selamat di Malaysia

Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) utama melaksanakan Program Bandar Selamat. 


Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri tersebut, KPKT telah mencadangkan pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai agensi yang perlu memainkan peranan bersama bagi mencapai objektif pembangunan bandar yang selamat. Walau bagaimanapun, JPBD bersama stakeholders Program Bandar Selamat dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Program Bandar Selamat pada 29 – 30 Disember 2009 telah bersetuju untuk memantapkan 23 Langkah Pencegahan Jenayah 2004 kepada 15 Langkah. Takrifan semula 15 Langkah Program Bandar Selamat bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan Program Bandar Selamat dengan memberi pilihan kepada PBT untuk melaksanakan langkah-langkah bandar selamat mengikut kesesuaian setempat. Kertas makluman takrifan semula Program Bandar Selamat telah diperakukan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 September 2010 (JPBD, 2017). Tiga komponen utama Program Bandar Selamat ialah bebas dari dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam, bebas dari kemerosotan sosial dan moral dan bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan.


3. Konsep Bandar Selamat di Kuching, Sarawak

Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandar raya tanggal 1 Ogos 1988 dan merupakan Bandar raya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur ketika itu. Memandangkan Bandar raya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandar raya lain di Malaysia, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandar raya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandar raya Kuching Selatan (MBKS) di mana kawasan Utara Bandar raya ditadbir oleh DBKU manakala kawasan Selatannya pula dibawah bidangkuasa MBKS.


|
|
|
| Email me for full assignment
|
|
|

4.2. Pencapaian CBS Enhancemant Plan

Berdasarkan maklumat, data dan laporan yang diperolehi daripada akhbar dalam talian, bahan terbitan DBKU dan lain-lain agensi serta temubual secara tidak berstruktur dengan pegawai DBKU, pencapaian CBS Enhancement Plan boleh dikatakan memuaskan. Berikut adalah maklumat yang diperoleh berdasarkan pelan tindakan yang telah dirangka oleh DBKU:


  1. Pengurusan Jalanraya Dan Insfrastruktur.

Dibawah pelan tindakan pengurusan jalanraya dan infrastruktur, beberapa strategi telah dilaksanakan antaranya ialah memperkasakan pasukan warden trafik DBKU dengan menambah bilangan anggota dan keperluan logistik bagi membantu pihak PDRM mengawal dan meminimumkan kesesakan lalu lintas di kawasan bulatan dan jalan-jalan utama pada waktu puncak. Warden trafik bertugas bermula jam 6.00 pagi hingga 8.30 pagi seterusnya pada jam 1 petang hingga 2.30 petang serta jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. 















TUGASAN SBLE2103 PROCESS WRITING: WRITING PROTFOLIO

SBLE 2103 PROCESS WRITING

WRITING PORTFOLIO
________________________________________












 

CONTOH SURAT SOKONGAN PERTUKARAN DARIPADA KETUA JABATAN KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Ruj. Kami : ABDCE / P / 014 Klt. 26 ( ) Tarikh : 4 Februari 2020 Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aa...