KUIZ
#1 (INDIVIDU): Dibawa Pulang (Take Home Quiz)
1. Bicangkan secara terperinci
apakah yang dimaksudkan dengan Infrastruktur Teknologi Maklumat.
Infrastruktur
Teknologi Maklumat merupakan satu set yang terdiri daripada komponen perkakasan
dan perisian termasuklah juga perkhidmatan yang disediakan oleh perkakasan dan
perisian tersebut seperti perkhidmatan perundingan, perkhidmatan pendidikan,
latihan serta lain-lain perkhidmatan bagi untuk mewujudkan persekitaran
Teknologi Maklumat. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang tersebut adalah
seperti berikut:
- Perkhidmatan
platform pengkomputeran yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan komputer
yang menghubungkan pekerja, pelanggan serta pembekal dalam suasana digital.
Contohnya seperti kerangka utama, mini komputer, komputer peribadi seperti
komputer desktop atau laptop/notebook.
-
Perkhidmatan telekomunikasi untuk menghubungkan pekerja, pelanggan dan pembekal
melalui perkhidmatan data, suara dan video.
-
Perkhidmatan pengurusan data iaitu bukan sekadar menyimpan data tetapi mengurus
dan menyediakan data kepada pengguna untuk dianalisa.
-
Perkhidmatan perisian aplikasi yang menyediakan perisian kepada pekerja,
pelanggan dan pembekal seperti Perisian Pengurusan Perniagaan contohnya, ERP
(Enterprise Resource Planning), CRM (Customer Relationship Management), SCM
(Supply Chain Management), KMS (Knowledge Management System).
-
Perkhidmatan kemudahan fizikal yang melibatkan pembangunan dan pengurusan dalam
pemasangan fizikal utk pengkomputeran, telekomunikasi, dan pengurusan data.
-
Perkhidmatan pengurusan IT yang membuat perancangan dan membangunkan infrastruktur,
menyelaras perkhidmatan IT di antara unit-unit perniagaan, menyediakan akaun
perbelanjaan IT, menyediakan perkhidmatan pengurusan projek.
-
Perkhidmatan piawaian IT yang membangunkan polisi organisasi untuk memastikan komponen
infrastruktur IT beroperasi dengan baik.
-
Perkhidmatan pendidikan IT yang melatih pekerja menggunakan IT dengan baik dan mendidik
pengurus berkaitan perancangan dan menguruskan pelaburan.
-
Perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan IT yang menjalankan penyelidikan dan
melaburkan modal dalam projek-projek IT pada masa hadapan.
2. Membangun dan menguruskan
infrastruktur Teknologi Maklumat yang baik menimbulkan pelbagai cabaran,
TERANGKAN SECARA RINGKAS LIMA (5) cabaran pengurusan yang perlu diuruskan oleh
organisasi.
i.
Menangani perubahan platform dan inftastruktur – Kemajuan teknologi maklumat
yang pesat akan mengakibatkan kekerapan perubahan dalam platform dan infrastruktur.
Hal ini merupakan satu cabaran dalam pengurusan kerana organisasi perlu
membiayai kos untuk menaiktaraf platform sedia ada atau menyediakan platform
baru bagi memenuhi perubahan tersebut dan juga kos untuk latihan kemahiran bagi
mengendalikan platform dan infrastruktur yang baharu.
ii.
Menangani pengurusan dan pentadbiran infrastruktur – Organisasi perlu menyusun
dengan teliti unit-unit yang menjalankan pengurusan dan pentadbiran
infrastruktur teknologi maklumat agar tidak berlaku pertindihan kuasa dan
tanggungjawab dalam melaksanakan operasi bagi menjayakan objektif organisasi.
iii.
Menguruskan bajet organisasi – Organisasi perlu bijak dalam menguruskan
perbelanjaan dan menentukan berapa banyak yang harus dibelanjakan untuk
infrastruktur IT dan tempat untuk membuat pelaburan infrastruktur strategik,
dan menetapkan jumlah kos pemilikan aset teknologi maklumat. Jumlah kos
pemilikan sumber teknologi merangkumi bukan sahaja kos asal perkakasan dan
perisian komputer tetapi juga kos untuk peningkatan perkakasan dan perisian,
penyelenggaraan, sokongan teknikal, dan latihan.
iv.
Cabaran mendapatkan dan mengekalkan kakitangan yang mahir dalam teknologi
maklumat – Kakitangan yang mahir adalah komponen yang penting dalam memastikan
infrastruktur teknologi maklumat dalam organisasi dapat digerakkan dan
beroperasi dengan optimum. Oleh itu, adalah kritikal bagi organisasi
mendapatkan kakitangan yang mahir dan mengekalkan mereka di dalam organisasi.
Seperti semua sedia maklum, pekerja mahir dalam bidang ini sering mendapat
tawaran gaji yang lumayan oleh itu, tidak mustahil mereka akan melompat ke
organisasi yang memberikan tawaran yang lebih baik.
v. Rangkaian
dan penyambungan yang tidak betul – Untuk organisasi berjalan lancar, perlu ada
rangkaian yang baik dan boleh dipercayai. Tanpa sambungan rangkaian yang boleh
dipercayai, pengurusan infrastruktur IT boleh menjadi tugas yang sukar bagi
mana-mana pengurus IT organisasi. Kaedah berasaskan perisian baru dan reka
bentuk seni bina rangkaian diperlukan untuk pengoptimuman data.
3. Pada pendapat kamu,
kemanakan arah tuju Teknologi Maklumat? Bagaimanakah bentuk Teknologi Maklumat
dalam masa 10 tahun akan datang?
Mengambil
kira Hukum Moore dan Kekuatan Mikro Pemproses serta Hukum Media Penyimpanan
Digital Berkapasiti Besar, saya menjangkakan perkembangan IT dalam 10 tahun
yang akan datang sudah tentunya lebih pesat dan dinamik dimana penggunaannya
pasti akan lebih meluas dan mampu menghubungkan lebih ramai pihak. Hal ini
adalah disebabkan oleh kemampuan penyimpanan data yang lebih besar dengan kos
yang lebih rendah dan kelajuan tinggi serta keupayaan multimedia yang lebih
mantap sudah pastinya lebih ramai pengguna akan dapat menikmati kemudahan IT
yang lebih moden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan