Cari Blog Ini

Khamis, 22 September 2022

SURAT MOHON PELEPASAN PEGAWAI MENGHADIRI KARNIVAL SUKAN

Ruj. Kami : ABCDE / P /014 Klt. 29 ( 22 )
Tarikh : 23 September 2022


Komandan
Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON PELEPASAN BAGI MENYERTAI ACARA SUKAN SEMPENA KARNIVAL SUKAN 2022

Izinkan saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan XYZ dan Jabatan ABCDE dengan kerjasama Persatuan PQR  akan mengadakan Karnival Sukan 2022 pada 1 hingga 6 Oktober 2022 bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi, Selangor. Pelaksanaan Karnival Sukan 2022 merangkumi tiga program iaitu Konvensyen Pengurusan 123, Karnival Sukan dan Fun Run yang melibatkan semua agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan XXX seluruh Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, Jabatan ABCDE memohon jasa baik tuan untuk memberikan pelepasan kepada Encik Don bin Din bagi menyertai acara sukan mewakili Kontinjen Jabatan ABCDE sepanjang berlangsungnya Karnival Sukan 2022. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


(DATUK HAJI MOHD ALI BIN AFI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CONTOH SURAT SOKONGAN PERTUKARAN DARIPADA KETUA JABATAN KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Ruj. Kami : ABDCE / P / 014 Klt. 26 ( ) Tarikh : 4 Februari 2020 Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aa...