AN ORDINARY SECRETARY LIFE
Sekadar perkongsian ❤️
Cari Blog Ini
Khamis, 12 Januari 2023
CONTOH SURAT SOKONGAN PERTUKARAN DARIPADA KETUA JABATAN KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Ruj. Kami : ABDCE / P / 014 Klt. 26 ( )
Tarikh : 4 Februari 2020
Pengarah
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aas 6, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
Tuan,
SOKONGAN PERTUKARAN KE KUANTAN, PAHANG DENGAN PENGGANTI DIHANTAR KEMUDIAN
Dengan hormatnya izinkan saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ABCDE menyokong permohonan Puan Ani binti Abu, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Opersi) Gred N19 di Jabatan ini untuk bertukar ke Kuantan dengan pengganti dihantar kemudian berdasarkan justifikasi yang dikemukakan.
3. Bersama-sama surat ini dilampirkan sesalinan surat permohonan daripada pegawai tersebut untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya.
4. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(HAJI MOHD ALI BIN AFI)
Pengarah
Jabatan ABCDE
Isnin, 9 Januari 2023
CONTOH SURAT SERAHAN BUKU CENDERAHATI
Tarikh : 4 Januari 2023
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali
Ketua Setiausaha Negera
Aras 4, Bangunan Timur, Blok Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri,
SERAHAN BUKU CENDERAHATI : DAKWAH T.U.L! 2
Izinkan saya dengan hormatnya menarik perhatian YBhg. Tan Sri Dato’ Seri mengenai perkara di atas.
2. Sukacita bersama-sama surat ini disertakan dua (2) naskhah buku Dakwah T.U.L! 2 terbitan Jabatan ABCDE sebagai bahan bacaan di Pejabat YBhg. Tan Sri Dato’ Seri.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(DATUK HAJI MOHD ALI BIN AFI)
Pengarah
Jabatan ABCDE
Jumaat, 30 September 2022
PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT
a. Pengurusan Surat-Menyurat dan Fail
- Mengurus dan merekodkan semua surat/ dokumenmasuk/ keluar serta memfailkan ke dalam fail-fail berkaitan termasuk membuat salinan yang mencukupi untuk edaran kepada pegawai-pegawai yang memerlukan tindakan segera.
- Memastikan dan menentukan tindakan ke atas surat/ dokumen/ e-mel yang telah diambil tindakan/ minit oleh Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) supaya diedarkan kepada pegawai berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
- Membuat tindakan susulan.
- Mengurus penghantaran faks keluar dan penerimaan faks serta merekodkannya.
- Membuat pengkelasan surat/ dokumen mengikut kategori (terbuka/ sulit/ rahsia). Mengawasi pergerakan fail-fail sulit serta memastikan isi kandungannya terjamin rahsia dan semua surat atau dokumen sulit disimpan dengan teliti dan rapi.
- Menguruskan dan menyelaraskan fail terperingkat (terbuka/ sulit/ rahsia).
- Menyediakan/ menaip surat/ dokumen/ draf dokumen dan menjawab surat-surat seperti yang dikehendaki oleh Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
- Menentukan keutamaan tugas Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berdasarkan keperluan (makluman/ tindakan).
- Menguruskan surat-surat yang memerlukan tandatangan Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dan meletakkannya dalam fail tandatangan untuk tindakan selanjutnya.
- Mencari, mengumpul dan mengemas kini data dan maklumat. xi. Menyemak/ membuat pembetulan draf dokumen sebelum diserahkan kepada Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
b. Pengurusan Mesyuarat
- Menetapkan segala temujanji, mesyuarat, seminar/ kursus dan sebarang program yang melibatkan Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
- iMemperingatkan Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) mengenai mesyuarat, jadual yang berlangsung setiap hari.
- Menjaga diari/ kalendar, merancang dan mengawal selia jadual kerja Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) seperti menyelaras mesyuarat, temujanji/ urusan perjalanan mengikut kepentingan supaya semua aktiviti yang dijadualkan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertindihan.
- Membuat persediaan bagi semua mesyuarat/ naziran yang melibatkan Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dengan memberitahu pegawai-pegawai yang terlibat dan memastikan segala keperluan bagi mesyuarat/ naziran tersebut seperti kemudahan bilik, peralatan mesyuarat, kenderaan dan lain-lain telah ditempah dan diuruskan dengan lebih awal.
- Menyemak aturan kertas/ folder mesyuarat dan menyediakan checklist isu-isu penting mesyuarat untuk panduan Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
c. Menjaga Kerahsiaan
- Berperanan dan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
- Berperanan dan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan urusan Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
4.2 Pentadbiran Pejabat
a. Menguruskan rekod dan maklumat.
b. Membantu dan menguruskan operasi kerja harian seperti pelupusan dokumen dan membuat kerja-kerja fotostat.
c. Menyelia kakitangan bawahan.
d. Mengurus maklumat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) melalui HRMIS.
e. Memastikan proses kerja memenuhi standard yang ditetapkan/ sistem kualiti.
f. Menyelaraskan pengurusan majlis yang melibatkan pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
g. Memastikan keselamatan pejabat dan harta benda.
a. Menguruskan bil dan tuntutan seperti menaip borang-borang tuntutan perjalanan, permohonan pendahuluan diri, bil rawatan perubatan dan bil telefon bimbit.b. Menyediakan anggaran bajet dan menguruskan perolehan.
a. Menyedia, menyimpan, memberi penerangan maklumat korporat dan khidmat nasihat umum kepada pelanggan.b. Mengendalikan segala panggilan telefon yang diterima setiap hari, menyaring panggilan telefon pelanggan, menangani segala pertanyaan dan pesanan dengan baik.c. Mengambil dan menyampaikan pesanan kepada Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) serta mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh majikan daripada pegawai-pegawai atau pihak berkaitan.d. Memahami etiket dan protokol serta bertindak sebagai pegawai perhubungan semasa kehadiran tetamu kehormat di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).e. Melayan dengan baik semua tetamu, pelanggan dan rakan kerja majikan yang datang berurusan di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) walaupun tanpa temujanji.
a. Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional serta menyelia setiausaha baru dalam program orientasi dan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri fokus kepada kerjaya dan pembangunan peribadi.b. Membantu mentee mencari sumber/ potensi diri bagi teknik membuat keputusan, mengatasi permasalahan dan peningkatan kemahiran.c. Menerapkan budaya pembelajaran berterusan melalui perbincangan, perkongsian ilmu dan pengalaman.d. Menyediakan laporan penilaian bagi sesi pementoran bagi pelajar yang menjalani Latihan Industri di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yangmemenuhi kelayakan).
a. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari masa ke masa.b. Memberikan khidmat sokongan dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh bahagian/ cawangan/ sektor.c. Menyelia dan menyediakan senarai tugas-tugas harianPemandu Khas Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan).
a. Rakan sekerja di bahagian/ unit/ cawangan yang sama.b. Pegawai di bahagian lain dalam organisasi yang sama.
a. Orang awam.b. Agensi kerajaan.c. Agensi swasta.d. Badan/ pertubuhan antarabangsa.
a. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).b. kemahiran menggunakan peralatan pejabat.c. kemahiran komunikasi pelbagai bahasa terutama bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.d. kemahiran menggunakan sistem rintas, trengkas (dwibahasa).e. kemahiran interpersonal.f. pengetahuan asas pengurusan sumber manusia.
a. berperwatakan mesra pelanggan:
i. ceriaii. peramahiii. berbudi bahasa
iv. menghormati tetamu/ pelanggan
b. integriti dan akauntabiliti.c. nilai-nilai murni.d. cekal.e. semangat kerja berpasukan.f. bekerja dengan penyeliaan minimum.
Khamis, 22 September 2022
SURAT MOHON PELEPASAN PEGAWAI MENGHADIRI KARNIVAL SUKAN
Khamis, 31 Mac 2022
Kuiz / Tugasan STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan
KUIZ
#1 (INDIVIDU): Dibawa Pulang (Take Home Quiz)
1. Bicangkan secara terperinci
apakah yang dimaksudkan dengan Infrastruktur Teknologi Maklumat.
Infrastruktur
Teknologi Maklumat merupakan satu set yang terdiri daripada komponen perkakasan
dan perisian termasuklah juga perkhidmatan yang disediakan oleh perkakasan dan
perisian tersebut seperti perkhidmatan perundingan, perkhidmatan pendidikan,
latihan serta lain-lain perkhidmatan bagi untuk mewujudkan persekitaran
Teknologi Maklumat. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang tersebut adalah
seperti berikut:
- Perkhidmatan
platform pengkomputeran yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan komputer
yang menghubungkan pekerja, pelanggan serta pembekal dalam suasana digital.
Contohnya seperti kerangka utama, mini komputer, komputer peribadi seperti
komputer desktop atau laptop/notebook.
-
Perkhidmatan telekomunikasi untuk menghubungkan pekerja, pelanggan dan pembekal
melalui perkhidmatan data, suara dan video.
-
Perkhidmatan pengurusan data iaitu bukan sekadar menyimpan data tetapi mengurus
dan menyediakan data kepada pengguna untuk dianalisa.
-
Perkhidmatan perisian aplikasi yang menyediakan perisian kepada pekerja,
pelanggan dan pembekal seperti Perisian Pengurusan Perniagaan contohnya, ERP
(Enterprise Resource Planning), CRM (Customer Relationship Management), SCM
(Supply Chain Management), KMS (Knowledge Management System).
-
Perkhidmatan kemudahan fizikal yang melibatkan pembangunan dan pengurusan dalam
pemasangan fizikal utk pengkomputeran, telekomunikasi, dan pengurusan data.
-
Perkhidmatan pengurusan IT yang membuat perancangan dan membangunkan infrastruktur,
menyelaras perkhidmatan IT di antara unit-unit perniagaan, menyediakan akaun
perbelanjaan IT, menyediakan perkhidmatan pengurusan projek.
-
Perkhidmatan piawaian IT yang membangunkan polisi organisasi untuk memastikan komponen
infrastruktur IT beroperasi dengan baik.
-
Perkhidmatan pendidikan IT yang melatih pekerja menggunakan IT dengan baik dan mendidik
pengurus berkaitan perancangan dan menguruskan pelaburan.
-
Perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan IT yang menjalankan penyelidikan dan
melaburkan modal dalam projek-projek IT pada masa hadapan.
2. Membangun dan menguruskan
infrastruktur Teknologi Maklumat yang baik menimbulkan pelbagai cabaran,
TERANGKAN SECARA RINGKAS LIMA (5) cabaran pengurusan yang perlu diuruskan oleh
organisasi.
i.
Menangani perubahan platform dan inftastruktur – Kemajuan teknologi maklumat
yang pesat akan mengakibatkan kekerapan perubahan dalam platform dan infrastruktur.
Hal ini merupakan satu cabaran dalam pengurusan kerana organisasi perlu
membiayai kos untuk menaiktaraf platform sedia ada atau menyediakan platform
baru bagi memenuhi perubahan tersebut dan juga kos untuk latihan kemahiran bagi
mengendalikan platform dan infrastruktur yang baharu.
ii.
Menangani pengurusan dan pentadbiran infrastruktur – Organisasi perlu menyusun
dengan teliti unit-unit yang menjalankan pengurusan dan pentadbiran
infrastruktur teknologi maklumat agar tidak berlaku pertindihan kuasa dan
tanggungjawab dalam melaksanakan operasi bagi menjayakan objektif organisasi.
iii.
Menguruskan bajet organisasi – Organisasi perlu bijak dalam menguruskan
perbelanjaan dan menentukan berapa banyak yang harus dibelanjakan untuk
infrastruktur IT dan tempat untuk membuat pelaburan infrastruktur strategik,
dan menetapkan jumlah kos pemilikan aset teknologi maklumat. Jumlah kos
pemilikan sumber teknologi merangkumi bukan sahaja kos asal perkakasan dan
perisian komputer tetapi juga kos untuk peningkatan perkakasan dan perisian,
penyelenggaraan, sokongan teknikal, dan latihan.
iv.
Cabaran mendapatkan dan mengekalkan kakitangan yang mahir dalam teknologi
maklumat – Kakitangan yang mahir adalah komponen yang penting dalam memastikan
infrastruktur teknologi maklumat dalam organisasi dapat digerakkan dan
beroperasi dengan optimum. Oleh itu, adalah kritikal bagi organisasi
mendapatkan kakitangan yang mahir dan mengekalkan mereka di dalam organisasi.
Seperti semua sedia maklum, pekerja mahir dalam bidang ini sering mendapat
tawaran gaji yang lumayan oleh itu, tidak mustahil mereka akan melompat ke
organisasi yang memberikan tawaran yang lebih baik.
v. Rangkaian
dan penyambungan yang tidak betul – Untuk organisasi berjalan lancar, perlu ada
rangkaian yang baik dan boleh dipercayai. Tanpa sambungan rangkaian yang boleh
dipercayai, pengurusan infrastruktur IT boleh menjadi tugas yang sukar bagi
mana-mana pengurus IT organisasi. Kaedah berasaskan perisian baru dan reka
bentuk seni bina rangkaian diperlukan untuk pengoptimuman data.
3. Pada pendapat kamu,
kemanakan arah tuju Teknologi Maklumat? Bagaimanakah bentuk Teknologi Maklumat
dalam masa 10 tahun akan datang?
Mengambil
kira Hukum Moore dan Kekuatan Mikro Pemproses serta Hukum Media Penyimpanan
Digital Berkapasiti Besar, saya menjangkakan perkembangan IT dalam 10 tahun
yang akan datang sudah tentunya lebih pesat dan dinamik dimana penggunaannya
pasti akan lebih meluas dan mampu menghubungkan lebih ramai pihak. Hal ini
adalah disebabkan oleh kemampuan penyimpanan data yang lebih besar dengan kos
yang lebih rendah dan kelajuan tinggi serta keupayaan multimedia yang lebih
mantap sudah pastinya lebih ramai pengguna akan dapat menikmati kemudahan IT
yang lebih moden.
Selasa, 1 Februari 2022
PEKELILING-PEKELILING BERKAITAN PENULISAN SURAT RASMI
PEKELILING-PEKELILING BERKAITAN PENULISAN SURAT RASMI
Terdapat beberapa pekeliling yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan surat rasmi dan memo yang berkualiti. Antara pekeliling tersebut adalah seperti yang berikut:
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat.
- Arahan Pentadbiran MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014 – Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan E-mel.
- Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2013 – Penyeragaman Kepala Surat.
- Arahan Pentadbiran Bilangan 1 Tahun 2017. Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo dan Minit Bebas.
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 - Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
- Surat Arahan JPA.BPP(S)193/6/84 Jld. 4 (3) bertarikh 20 September 2018 – Penggantian Frasa “Saya yang menurut perintah” dengan frasa “Saya yang menjalankan amanah” dalam Urusan Penyediaan Surat Kerajaan.
Jumaat, 31 Disember 2021
SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
1. | JADUAL GAJI | ||||||||
| |||||||||
2. | SYARAT LANTIKAN | ||||||||
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |||||||||
a. | warganegara Malaysia; dan | ||||||||
b. | berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | ||||||||
c. |
| ||||||||
3. | SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | ||||||||
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. | |||||||||
4. | DESKRIPSI TUGAS | ||||||||
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur. Sumber: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/spm-svm-skm-sijil/pembantu-setiausaha-pejabat-gred-n19 |
SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29
SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29
Setiausaha Pejabat Gred N29
- Kumpulan:Pelaksana
- Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
- Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00 - Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau - Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
- Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. - Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
Khamis, 19 Ogos 2021
Tugasan GMGA2053 KERAJAAN TEMPATAN: Konsep Bandar Selamat LA21
PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT
OLEH DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU)
Mukasurat | |||
1. | Konsep Bandar Selamat | 1 | |
2. | Latar Belakang Program Bandar Selamat di Malaysia | 1 | |
3. | Konsep Bandar Selamat di Kuching Sarawak | 2 | |
4. | Pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara | 4 | |
4.1. | CBS Enhancement Plan | 4 | |
4.2. | Pencapaian CBS Enhancement Plan
| 5 | |
4.3. | Kesan Pelaksanaan CBS Enhancement Plan | 14 | |
4.4. | Rumusan | 17 | |
5. | Kesimpulan | 17 | |
6. | Rujukan | 19 |
1. Konsep Bandar Selamat Bandar Selamat didefinisikan sebagai bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara, tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria (JPBD, 2017). Konsep bandar selamat telah diutarakan oleh Jane Jacobs, seorang wartawan melalui bukunya yang berjudul Life and Death of American Cities yang diterbitkan dalam tahun 1961. Jane Jacobs telah mengenal pasti ciri-ciri pengwujudan bandar selamat yang akhirnya telah diterima pakai sebagai panduan kepada perancangan bandar di Amerika Syarikat. Beliau juga menekankan kepada keperluan kerjasama komuniti bandar bagi meningkatkan tahap keselamatan para penghuninya (Ahmad Kamil, 2006). Pada tahun 2007, UN-Human Settlement Programme melaporkan bahawa jenayah dan keganasan berlaku lebih teruk di kawasan bandar dan diburukkan lagi dengan pertumbuhan yang pesat terutamanya di negara-negara membangun. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa keselamatan di kawasan bandar kian terancam walhal keselamatan adalah merupakan salah satu indikator penting bagi menjamin kualiti hidup masyarakat bandar. 2. Latar Belakang Program Bandar Selamat di Malaysia Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) utama melaksanakan Program Bandar Selamat. Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri tersebut, KPKT telah mencadangkan pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai agensi yang perlu memainkan peranan bersama bagi mencapai objektif pembangunan bandar yang selamat. Walau bagaimanapun, JPBD bersama stakeholders Program Bandar Selamat dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Program Bandar Selamat pada 29 – 30 Disember 2009 telah bersetuju untuk memantapkan 23 Langkah Pencegahan Jenayah 2004 kepada 15 Langkah. Takrifan semula 15 Langkah Program Bandar Selamat bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan Program Bandar Selamat dengan memberi pilihan kepada PBT untuk melaksanakan langkah-langkah bandar selamat mengikut kesesuaian setempat. Kertas makluman takrifan semula Program Bandar Selamat telah diperakukan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 September 2010 (JPBD, 2017). Tiga komponen utama Program Bandar Selamat ialah bebas dari dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam, bebas dari kemerosotan sosial dan moral dan bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan. 3. Konsep Bandar Selamat di Kuching, Sarawak Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandar raya tanggal 1 Ogos 1988 dan merupakan Bandar raya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur ketika itu. Memandangkan Bandar raya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandar raya lain di Malaysia, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandar raya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandar raya Kuching Selatan (MBKS) di mana kawasan Utara Bandar raya ditadbir oleh DBKU manakala kawasan Selatannya pula dibawah bidangkuasa MBKS. | | | | Email me for full assignment | | | 4.2. Pencapaian CBS Enhancemant Plan Berdasarkan maklumat, data dan laporan yang diperolehi daripada akhbar dalam talian, bahan terbitan DBKU dan lain-lain agensi serta temubual secara tidak berstruktur dengan pegawai DBKU, pencapaian CBS Enhancement Plan boleh dikatakan memuaskan. Berikut adalah maklumat yang diperoleh berdasarkan pelan tindakan yang telah dirangka oleh DBKU:
Dibawah pelan tindakan pengurusan jalanraya dan infrastruktur, beberapa strategi telah dilaksanakan antaranya ialah memperkasakan pasukan warden trafik DBKU dengan menambah bilangan anggota dan keperluan logistik bagi membantu pihak PDRM mengawal dan meminimumkan kesesakan lalu lintas di kawasan bulatan dan jalan-jalan utama pada waktu puncak. Warden trafik bertugas bermula jam 6.00 pagi hingga 8.30 pagi seterusnya pada jam 1 petang hingga 2.30 petang serta jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. |
CONTOH SURAT SOKONGAN PERTUKARAN DARIPADA KETUA JABATAN KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Ruj. Kami : ABDCE / P / 014 Klt. 26 ( ) Tarikh : 4 Februari 2020 Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aa...
-
PEKELILING-PEKELILING BERKAITAN PENULISAN SURAT RASMI Terdapat beberapa pekeliling yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan s...
-
SYARAT LANTIKAN, GAJI DAN DESKRIPSI TUGAS SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29 Setiausaha Pejabat Gred N29 Kumpulan: Pelaksana Kem/Jab: Pelbagai Kem...