Cari Blog Ini

Khamis, 31 Mac 2022

Kuiz / Tugasan STID1103 Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan

 

KUIZ #1 (INDIVIDU): Dibawa Pulang (Take Home Quiz)

 

1. Bicangkan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan Infrastruktur Teknologi Maklumat.

Infrastruktur Teknologi Maklumat merupakan satu set yang terdiri daripada komponen perkakasan dan perisian termasuklah juga perkhidmatan yang disediakan oleh perkakasan dan perisian tersebut seperti perkhidmatan perundingan, perkhidmatan pendidikan, latihan serta lain-lain perkhidmatan bagi untuk mewujudkan persekitaran Teknologi Maklumat. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang tersebut adalah seperti berikut:

- Perkhidmatan platform pengkomputeran yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan komputer yang menghubungkan pekerja, pelanggan serta pembekal dalam suasana digital. Contohnya seperti kerangka utama, mini komputer, komputer peribadi seperti komputer desktop atau laptop/notebook.

- Perkhidmatan telekomunikasi untuk menghubungkan pekerja, pelanggan dan pembekal melalui perkhidmatan data, suara dan video.

- Perkhidmatan pengurusan data iaitu bukan sekadar menyimpan data tetapi mengurus dan menyediakan data kepada pengguna untuk dianalisa.

- Perkhidmatan perisian aplikasi yang menyediakan perisian kepada pekerja, pelanggan dan pembekal seperti Perisian Pengurusan Perniagaan contohnya, ERP (Enterprise Resource Planning), CRM (Customer Relationship Management), SCM (Supply Chain Management), KMS (Knowledge Management System).

- Perkhidmatan kemudahan fizikal yang melibatkan pembangunan dan pengurusan dalam pemasangan fizikal utk pengkomputeran, telekomunikasi, dan pengurusan data.

- Perkhidmatan pengurusan IT yang membuat perancangan dan membangunkan infrastruktur, menyelaras perkhidmatan IT di antara unit-unit perniagaan, menyediakan akaun perbelanjaan IT, menyediakan perkhidmatan pengurusan projek.

- Perkhidmatan piawaian IT yang membangunkan polisi organisasi untuk memastikan komponen infrastruktur IT beroperasi dengan baik.

- Perkhidmatan pendidikan IT yang melatih pekerja menggunakan IT dengan baik dan mendidik pengurus berkaitan perancangan dan menguruskan pelaburan.

- Perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan IT yang menjalankan penyelidikan dan melaburkan modal dalam projek-projek IT pada masa hadapan.

 

2. Membangun dan menguruskan infrastruktur Teknologi Maklumat yang baik menimbulkan pelbagai cabaran, TERANGKAN SECARA RINGKAS LIMA (5) cabaran pengurusan yang perlu diuruskan oleh organisasi.

i. Menangani perubahan platform dan inftastruktur – Kemajuan teknologi maklumat yang pesat akan mengakibatkan kekerapan perubahan dalam platform dan infrastruktur. Hal ini merupakan satu cabaran dalam pengurusan kerana organisasi perlu membiayai kos untuk menaiktaraf platform sedia ada atau menyediakan platform baru bagi memenuhi perubahan tersebut dan juga kos untuk latihan kemahiran bagi mengendalikan platform dan infrastruktur yang baharu.

ii. Menangani pengurusan dan pentadbiran infrastruktur – Organisasi perlu menyusun dengan teliti unit-unit yang menjalankan pengurusan dan pentadbiran infrastruktur teknologi maklumat agar tidak berlaku pertindihan kuasa dan tanggungjawab dalam melaksanakan operasi bagi menjayakan objektif organisasi.

iii. Menguruskan bajet organisasi – Organisasi perlu bijak dalam menguruskan perbelanjaan dan menentukan berapa banyak yang harus dibelanjakan untuk infrastruktur IT dan tempat untuk membuat pelaburan infrastruktur strategik, dan menetapkan jumlah kos pemilikan aset teknologi maklumat. Jumlah kos pemilikan sumber teknologi merangkumi bukan sahaja kos asal perkakasan dan perisian komputer tetapi juga kos untuk peningkatan perkakasan dan perisian, penyelenggaraan, sokongan teknikal, dan latihan.

iv. Cabaran mendapatkan dan mengekalkan kakitangan yang mahir dalam teknologi maklumat – Kakitangan yang mahir adalah komponen yang penting dalam memastikan infrastruktur teknologi maklumat dalam organisasi dapat digerakkan dan beroperasi dengan optimum. Oleh itu, adalah kritikal bagi organisasi mendapatkan kakitangan yang mahir dan mengekalkan mereka di dalam organisasi. Seperti semua sedia maklum, pekerja mahir dalam bidang ini sering mendapat tawaran gaji yang lumayan oleh itu, tidak mustahil mereka akan melompat ke organisasi yang memberikan tawaran yang lebih baik.

v. Rangkaian dan penyambungan yang tidak betul – Untuk organisasi berjalan lancar, perlu ada rangkaian yang baik dan boleh dipercayai. Tanpa sambungan rangkaian yang boleh dipercayai, pengurusan infrastruktur IT boleh menjadi tugas yang sukar bagi mana-mana pengurus IT organisasi. Kaedah berasaskan perisian baru dan reka bentuk seni bina rangkaian diperlukan untuk pengoptimuman data.

 

3. Pada pendapat kamu, kemanakan arah tuju Teknologi Maklumat? Bagaimanakah bentuk Teknologi Maklumat dalam masa 10 tahun akan datang?

Mengambil kira Hukum Moore dan Kekuatan Mikro Pemproses serta Hukum Media Penyimpanan Digital Berkapasiti Besar, saya menjangkakan perkembangan IT dalam 10 tahun yang akan datang sudah tentunya lebih pesat dan dinamik dimana penggunaannya pasti akan lebih meluas dan mampu menghubungkan lebih ramai pihak. Hal ini adalah disebabkan oleh kemampuan penyimpanan data yang lebih besar dengan kos yang lebih rendah dan kelajuan tinggi serta keupayaan multimedia yang lebih mantap sudah pastinya lebih ramai pengguna akan dapat menikmati kemudahan IT yang lebih moden.

CONTOH SURAT SOKONGAN PERTUKARAN DARIPADA KETUA JABATAN KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Ruj. Kami : ABDCE / P / 014 Klt. 26 ( ) Tarikh : 4 Februari 2020 Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Aa...