PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT
OLEH DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU)
Mukasurat | |||
1. | Konsep Bandar Selamat | 1 | |
2. | Latar Belakang Program Bandar Selamat di Malaysia | 1 | |
3. | Konsep Bandar Selamat di Kuching Sarawak | 2 | |
4. | Pelaksanaan Program Bandar Selamat oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara | 4 | |
4.1. | CBS Enhancement Plan | 4 | |
4.2. | Pencapaian CBS Enhancement Plan
| 5 | |
4.3. | Kesan Pelaksanaan CBS Enhancement Plan | 14 | |
4.4. | Rumusan | 17 | |
5. | Kesimpulan | 17 | |
6. | Rujukan | 19 |
1. Konsep Bandar Selamat Bandar Selamat didefinisikan sebagai bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara, tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria (JPBD, 2017). Konsep bandar selamat telah diutarakan oleh Jane Jacobs, seorang wartawan melalui bukunya yang berjudul Life and Death of American Cities yang diterbitkan dalam tahun 1961. Jane Jacobs telah mengenal pasti ciri-ciri pengwujudan bandar selamat yang akhirnya telah diterima pakai sebagai panduan kepada perancangan bandar di Amerika Syarikat. Beliau juga menekankan kepada keperluan kerjasama komuniti bandar bagi meningkatkan tahap keselamatan para penghuninya (Ahmad Kamil, 2006). Pada tahun 2007, UN-Human Settlement Programme melaporkan bahawa jenayah dan keganasan berlaku lebih teruk di kawasan bandar dan diburukkan lagi dengan pertumbuhan yang pesat terutamanya di negara-negara membangun. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa keselamatan di kawasan bandar kian terancam walhal keselamatan adalah merupakan salah satu indikator penting bagi menjamin kualiti hidup masyarakat bandar. 2. Latar Belakang Program Bandar Selamat di Malaysia Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) utama melaksanakan Program Bandar Selamat. Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri tersebut, KPKT telah mencadangkan pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai agensi yang perlu memainkan peranan bersama bagi mencapai objektif pembangunan bandar yang selamat. Walau bagaimanapun, JPBD bersama stakeholders Program Bandar Selamat dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Program Bandar Selamat pada 29 – 30 Disember 2009 telah bersetuju untuk memantapkan 23 Langkah Pencegahan Jenayah 2004 kepada 15 Langkah. Takrifan semula 15 Langkah Program Bandar Selamat bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan Program Bandar Selamat dengan memberi pilihan kepada PBT untuk melaksanakan langkah-langkah bandar selamat mengikut kesesuaian setempat. Kertas makluman takrifan semula Program Bandar Selamat telah diperakukan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 September 2010 (JPBD, 2017). Tiga komponen utama Program Bandar Selamat ialah bebas dari dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam, bebas dari kemerosotan sosial dan moral dan bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan. 3. Konsep Bandar Selamat di Kuching, Sarawak Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandar raya tanggal 1 Ogos 1988 dan merupakan Bandar raya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur ketika itu. Memandangkan Bandar raya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandar raya lain di Malaysia, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandar raya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandar raya Kuching Selatan (MBKS) di mana kawasan Utara Bandar raya ditadbir oleh DBKU manakala kawasan Selatannya pula dibawah bidangkuasa MBKS. | | | | Email me for full assignment | | | 4.2. Pencapaian CBS Enhancemant Plan Berdasarkan maklumat, data dan laporan yang diperolehi daripada akhbar dalam talian, bahan terbitan DBKU dan lain-lain agensi serta temubual secara tidak berstruktur dengan pegawai DBKU, pencapaian CBS Enhancement Plan boleh dikatakan memuaskan. Berikut adalah maklumat yang diperoleh berdasarkan pelan tindakan yang telah dirangka oleh DBKU:
Dibawah pelan tindakan pengurusan jalanraya dan infrastruktur, beberapa strategi telah dilaksanakan antaranya ialah memperkasakan pasukan warden trafik DBKU dengan menambah bilangan anggota dan keperluan logistik bagi membantu pihak PDRM mengawal dan meminimumkan kesesakan lalu lintas di kawasan bulatan dan jalan-jalan utama pada waktu puncak. Warden trafik bertugas bermula jam 6.00 pagi hingga 8.30 pagi seterusnya pada jam 1 petang hingga 2.30 petang serta jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. |